Tuesday, November 13, 2012

Apa Itu Sains Aktuari?



Sains Aktuari berkait rapat dengan matematik

      Salam w.b.t. Kali ini Kembara Insan ingin memberikan sedikit pencerahan buat teman-teman berkenaan apa itu bidang Sains Aktuari. Hal ini kerana ramai dari kalangan sahabat yang hanya mampu menggeleng kepala apabila ditanya berkenaan Sains Aktuari. Moga-moga sedikit perkongsian ini mampu memberi input berguna kepada teman-teman dan juga adik-adik yang berminat dengan kursus ini. :) 
 
Pengenalan

Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko boleh di definisikan sebagai sains gunaan, khusus memberi fokus  keatas matematik dan statistik, ekonomi dan kewangan untuk menyelesaikan permasalahan kewangan yang melibatkan ketidakpastian dalam nilai. Pengetahuan sains aktuari akan menggunakan skil matematik dan kemahiran menghitung untuk mengenalpasti, menganalisis, dan menyelesaikan permasalahan dalam perniagaan dan sosial.

Saturday, November 10, 2012

Sharing Moment: Bedah Buku Wasiat Untuk Anakku




Poster Program Bedah Buku Wasiat Untuk Anakku
Malam tadi 25 Zulhijjah 1433, saya sempat menghadirkan diri dalam program “Bedah Buku Wasiat Untuk Anakku” anjuran Sekretariat Lawatan Antarabangsa Ke Jepun. Buku yang dikarang Dr Zulkifli Mohamad AlBakri itu sarat dengan mutiara-mutiara ilmu untuk seorang yang bergelar anak. Nasihat yang di gariskan oleh Dr. Zulkifli AlBakri perlu dicernakan setiap individu untuk menjamin kebahagian di dunia mahupun di akhirat.


Judul Buku
           
 Dr Zulkifli memulakan perbincangan berkenaan buku ini dengan menyatakan sebab dan musabab buku tersebut diterbit dan dilancarkan beliau. Buku tersebut diberi nama wasiat kerana mengambil semangat dan teladan ulama-ulama  terdahulu yang meninggalkan wasiat samada kepada anak, keluarga mahupun ummah. Contoh mereka yang telah meninggalkan wasiat kepada anaknya

Thursday, November 8, 2012

Tahun Baru, Iman Baru, Gerak Baru



Tahun baru harus membawa sinar baru

     Setelah sekian lama meninggalkan laman sesawang ini, terasa diri terlalu janggal dan asing untuk kembali mengisi  posting blog ini. Sering kali bisikan suara halus (syaitan atau nafsu) membisikkan supaya tidak berkongsi perkara yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada orang lain agar diri ini sentiasa hanyut dan lalai dalam ‘madu dunia’. Kata orang, perkara yang lalai itu madu bagi dunia, manakala racun itu bagi yang sebaliknya. Juga, diri ini sentiasa terasa kerdil untuk mencipta bait-bait ayat yang boleh membawa kebaikan. Ya, diri ini sememangnya kerdil, tetapi haruskah kita menjadikannya terus kerdil sehingga menjadi tembok penghalang kepada perkara kebaikan? Biarkan hati berbicara.

Sunday, September 25, 2011

Tarbiah Jantung Organisasi Islam


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad S.A.W. Syukur padaNya atas anugerah usia, keafiatan, dan masa lapang yang tentunya sedikit sahaja yang masih berbaki, apalagi di saat pertembungan diantara persediaan ukhrawi yang masih belum sempurna dan mungkin serabai, tanggungjawab sebagai hamba yang masih belum tertunai, serta waktu-waktu yang sangat mencemburui lagi terabai.
Firman Allah SWT bermaksud:
 “ Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang ( Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul ( Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasanNya), dan membersihkan mereka dari (iqtiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’). Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad itu dalam kesesatan yang nyata.
                                                                                                                    (Surah al-Jumuah : ayat 2)    

Wednesday, September 22, 2010

peringkat ilmu

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap orang islam. Kita telah diajar menuntut ilmu oleh ibu bapa kita sejak dari kecil lagi. Kemudian kita dihantar ke sekolah untuk belajar ilmu di sekolah daripada guru-guru pula. Apa saja jenis ilmu yang kita belajar selagi berlandaskan syariat islam akan dapat memberi manfaat kepada kita. Ilmulah yang akan menyelamatkan seseorang itu di dunia dan ilmu jugalah yang akan menyelamatkan seseorang itu di akhirat kelak. Ada empat jenis golongan manusia yang hidup di dunia ni. Golongan ini dibahagikan kepada empat berdasarkan kepada peringkat ilmu pengetahuan yang mereka miliki.
1) Orang yang memiliki ilmu dan tahu diri mereka berilmu.
Golongan yang pertama ini memiliki ilmu yang mendalam diri mereka kerana mereka rajin menuntut ilmu. Memiliki ilmu yang banyak tidak melupakan mereka untuk terus menyampaikan ilmu yang mereka miliki kepada orang lain pula. Contoh mereka yang berada dalam golongan ini adalah seperti ulamak, guru-guru, ustaz-ustazah dan banyak lagi. Mereka tahu yang mereka telah memiliki ilmu dan mereka merasakan menjadi satu kewajipan pula bagi mereka untuk menyampaikan ilmu yang mereka miliki kepada orang lain pula. Mereka inilah orang yang sebenar-benarnya berilmu.