Tuesday, November 13, 2012

Apa Itu Sains Aktuari?



Sains Aktuari berkait rapat dengan matematik

      Salam w.b.t. Kali ini Kembara Insan ingin memberikan sedikit pencerahan buat teman-teman berkenaan apa itu bidang Sains Aktuari. Hal ini kerana ramai dari kalangan sahabat yang hanya mampu menggeleng kepala apabila ditanya berkenaan Sains Aktuari. Moga-moga sedikit perkongsian ini mampu memberi input berguna kepada teman-teman dan juga adik-adik yang berminat dengan kursus ini. :) 
 
Pengenalan

Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko boleh di definisikan sebagai sains gunaan, khusus memberi fokus  keatas matematik dan statistik, ekonomi dan kewangan untuk menyelesaikan permasalahan kewangan yang melibatkan ketidakpastian dalam nilai. Pengetahuan sains aktuari akan menggunakan skil matematik dan kemahiran menghitung untuk mengenalpasti, menganalisis, dan menyelesaikan permasalahan dalam perniagaan dan sosial.
Mereka yang ingin mengikuti program ini mestilah mempunyai minat dan kebolehan yang mendalam dalam matematik.
Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan. 

Polemik pemikiran masyarakat tentang Sains Aktuari
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.

Peluang pekerjaan


Siswazah dalam bidang ini boleh memasuki industri takaful dan insuran, konsultansi, dana, sekuriti, stok, kewangan, perbankan, pemasaran, reinsuran, pelaburan, kapitalisasi, kesihatan, pengangkutan (darat, laut dan udara), perlombongan, minyak, perniagaan dan syarikat multinasional. Mereka juga boleh menjadi usahawan, pemegang francis atau bekerja di sektor awam (seperti di bank pusat, hasil dalam negara, kumpulan kewangan, trustee awam, atau pendidikan).

Senarai penawaran kursus mengikut semester Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Sains Aktuari & Pengurusan Risiko di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sekadar Hiasan: Bangunan Pejabat Fakulti Sains & Teknologi USIM

* klik untuk mengetahui lebih lanjut subjek yang di tawarkan USIM


Sumber:
1)      http://fst.usim.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=32&Itemid=46&lang=ms
2)      http://www.ukm.my/PSA/KENALAKTUARI.htm

No comments:

Post a Comment