Saturday, November 10, 2012

Sharing Moment: Bedah Buku Wasiat Untuk Anakku




Poster Program Bedah Buku Wasiat Untuk Anakku
Malam tadi 25 Zulhijjah 1433, saya sempat menghadirkan diri dalam program “Bedah Buku Wasiat Untuk Anakku” anjuran Sekretariat Lawatan Antarabangsa Ke Jepun. Buku yang dikarang Dr Zulkifli Mohamad AlBakri itu sarat dengan mutiara-mutiara ilmu untuk seorang yang bergelar anak. Nasihat yang di gariskan oleh Dr. Zulkifli AlBakri perlu dicernakan setiap individu untuk menjamin kebahagian di dunia mahupun di akhirat.


Judul Buku
           
 Dr Zulkifli memulakan perbincangan berkenaan buku ini dengan menyatakan sebab dan musabab buku tersebut diterbit dan dilancarkan beliau. Buku tersebut diberi nama wasiat kerana mengambil semangat dan teladan ulama-ulama  terdahulu yang meninggalkan wasiat samada kepada anak, keluarga mahupun ummah. Contoh mereka yang telah meninggalkan wasiat kepada anaknya
ialah Luqman Al-Hakim. Allah telah memuliakan Luqman Al-Hakim dengan merakamkan kisahnya yang memberi wasiat kepada anaknya sebagaimana disebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang bermaksud : 

1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan Allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar. 

2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandungnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau bersyukur kepada Ku dan kepada ibubapa mu, kepada Kulah tempat kembali. 

3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) yang engkau tiada ilmu padanya, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah dengan keduanya di dunia dengan baik,dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan. 

4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya Allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui". 

5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang penting.

6. Dan janganlah engkau memalingkan wajahmu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. 

7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai. 

 Pesanan yang dimulakan oleh Luqman AlHakim supaya anak-anaknya tidak mensyirikkan Allah rupanya diakhiri dengan pesanan supaya anaknya menjauhi kesombongan. Sifat sombong merupakan satu daripada perkara syirik kepada Allah. Syirik khafi- yang sering kita lupakan. 

            Selain itu, Imam Ghazali juga meninggalkan wasiatnya dengan mengarang kitab Ayyuhal Walad. Beliau menukilkan tentang pentingnya mengamalkan ilmu-ilmu yang kita miliki, agar umur tidak tersia-sia dengan hanya mengejar keilmuan semata, tanpa adanya pelaksanaan, hanya akan menyengsarakan kita di akhirat kelak. Dalam kitab ini juga berisi anjuran agar memanfaatkan malam hari untuk solat tahajjud, memperbanyak istighfar dan berdoa kepada Allah SWT. Sebagaimana hadis riwayat Baihaqi dan Ibnu Majjah, Rasulullah saw berkata kepada salah seorang sahabat beliau, Wahai fulan..! Jangan engkau perbanyak tidur di malam hari, kerana demikian itu akan membuat faqir di akhirat. Di dalam buku ini juga tertulis doa-doa yang perlu di baca pada setiap waktu.

            Begitulah beberapa kisah teladan daripada para alim ulama terdahulu yang telah menjadi pemangkin kepada Dr Zulkifli untuk menghasilkan karyanya berjudul  “Wasiat Untuk Anakku” ini.

 Kaedah Mendidik Anak

            Bahagian kedua yang disebutkan oleh Dr Zulkifli ialah berkisar tentang kaedah mendidik anak. Mendidik anak adalah bermula seawal kelahiran anak itu lagi. Ibu bapa di suruh memilih nama-nama yang baik bagi anak mereka kerana nama yang dipilih akan mencerminkan peribadi individu tersebut. Dr Zulkifli menyatakan didalam bukunya itu –“ nama yang baik akan memberi semangat dan motivasi kepada yang dinamai”. Nama yang baik juga akan menjadi doa bagi insan tersebut.
            Hari ini kita sepatutnya bersyukur kerana ibu bapa kita telah memilih nama-nama yang terbaik untuk kita. Pastinya disebalik nama tersebut, terpahat satu harapan yang besar di dalam hati ibu bapa. Mungkin juga ada nama-nama yang pelik dan jarang kita dengari, namun mungkin itulah nama yang terbaik bagi ibu bapa mereka mengikut peredaran zaman.  

Menjadi Anak Yang Cemerlang

                        Beberapa perkongsian mengenai tips kejayaan  diberikan oleh Dr. Zul malam tadi. Pesan beliau, perkara yang paling utama untuk mencapai kejayaan ialah meletakkan sesuatu matlamat dengan jelas. Kemudian, perkara yang perlu menjadi keutamaan kita ialah soal pengurusan masa. Kata beliau, hari ini kita dikalahkan oleh masa. Berbeza dengan golongan terdahulu iaitu mereka mendahului masa. Oleh kerana pengurusan masa mereka begitu tersusun, mereka telah mampu membina sebuah ketamadunan yang hebat, meninggalkan kesan-kesan sejarah yang bermanfaat untuk kita sehingga hari ini. Tambah beliau, kejayaan itu memerlukan tadhiyyah (pengorbanan) seperti sabar yang tinggi, pembacaan yang banyak, serta kefahaman yang mendalam. Beliau mengungkapkan di hadapan lebih 200 orang bahawa apa yang penting ialah, kejayaan bermula dari SIKAP kita. 
Aku bersama Dr. Zulkifli AlBakri

            Mengakhiri program pada malam tadi, beliau mengingatkan kami bahawa tiga cabaran utama remaja masa kini ialah:   
 i.               Jahil terhadap ilmu 
 ii.             Tindakan sentiasa melulu yang banyak          mengikut nafsu.    iii.            Ghazwatul fikr (serangan pemikiran ) sehingga orang lain mudah untuk manipulate kita.





Beliau tegaskan kepada kami bahawa “Demi Allah, kerja Islam ini terlalu banyak. Siapa yang mahu mengambil tanggungjawab?”. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya dan sahabat-sahabat serta dikira sebagai satu amal soleh. Amin.

Reference:
 1) Wasiat Untuk Anakku
 2) http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=97&Itemid=1



No comments:

Post a Comment